sahabat..
BERJUTA KAWAN, SERIBU SAHABAT.^_^


PERSAHABATAN wujud daripada 

satu perkenalan 



dengan sepuluh pertanyaan, seratus

keyakinan dan seribu pengorbanan 

serta berjuta juta perjuangan dengan satu keikhlasan.



Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sesukar 

mencari sahabat dan membina persahabatan. 
Daripada seribu orang kawan mungkin hanya 
seoang yang layak di panggil SAHABAT…


Siapakah Sahabat??


Dia sanggup berada bersama sama kita dalam keadaan apa sekalipun, 

Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana ke mari…,

ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh hegeh mencari peluang. 
Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya tidak jatuh.

Tanpa pengetahuan kita, 
dia sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita, 
Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu 
tanpa sebarang kepentingan.

Ketika payung kita patah, dia datang 
membawakan payungnya untuk kita, 

lalu kita sama sama berteduh di bawahnya,

jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, 

dia rela basah ditimpa hujan, 

asalkan kita tidak basah sebagaimana dia…


Seorang Sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja 

yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya, 
Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur
untuk memelihara persahabatan.

Di manakah anda hendak mencari seorang yang seperti ini??

Sebab itulah mungkin seseorang pun sukar hendak dicari daripada seribu orang yang ada. 
Seorang sahabat seperti digambarkan dalam 
ejaan JUMAAT, Jujur, Unggul, Matang, Asli, Amanah dan Teguh.

Dia Jujur, maka bole diletakkan kepercayaan 
untuk tolong lihat-lihatkan keluarga kita takala kita berpergian.

Dia Unggul, maka kita bole 
bersandar pada dia di saat kita hilang motivasi diri..hilang kawalan diri…

Dia Matang, maka kita bole dapatkan nasihat-nasihat 
berguna atau merujuk masalah masalah semasa yang kita hadapi.



Dia Asli, maka peribadinya bukan ikutan 

atau tidak mudah luntur, tetapi selari dengan kehendaknya sebagai insan berTUHAN.


Dia Amanah, maka ciri-ciri ini sangat diperlukan dalam persahabatan.


Dia Teguh, maka kita bole bergantung padanya pada saat-saat getir.


Iya, 
Itu ciri ciri Sahabat, tentu sukar untuk mendapatkanya,
…..payah..,sukar, …sebabnya, kita sendiri tidak bersikap seperti itu.

kalau kita bersikap seperti itu, 
semua yang akan datang kepada kita adalah orang yang seperti itu.Insyallah….

Jadi, usah harapkan orang berbuat baik kepada kita, 
kalau kita sendiri tidak dapat melayaninya dengan lebih baik,
usah harapkan datang seseorang yang memiliki 
sifat sifat Jujur, Ungul, Matang, Asli, 
Amanah, Terbilang dan Teguh 
kalau kita sendiri seorang yang Curang, Lemah, 
Berfikiran Negetif, Berfikiran Singkat, Mudah Terpengaruh, 
Tidak Amanah dan lemah (lembek).

Persahabatan itu bermula daripada satu bentuk perkenalan, 
daripada satu perkenalan yang mudah menjadi erat 

apabila adanya pertanyan, saling bertanya saling mahu kenal mengenal.


Dari situ lahirnya keyakinan, 

meskipun kadang kala terpaksa memberikan 

seribu pengorbanan serta berjuta juta perjuangan, 

ia tetap pergi kepada yang 

satu iaitu KEIKHLASAN..

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia…
ALLAH Di Hati…

This entry was posted in

Leave a Reply